- Unit ukuran adalah kuantiti piawai bagi ciri-ciri fizikal, digunakan sebagai faktor untuk menyatakan kuantiti bagi sesuatu sifat
- unit ukuran adalah antara peralatan yang terawal dicipta manusia
- masyarakat purba memerlukan pengukuran bagi banyak benda, pembinaan tempat kediaman bagi bentuk dan saiz yang sesuai atau rekaan pakaian.
- sistem yang seragam bagi beart dan ukuran yang terawal diketahui telah dicipta pada abad ke-4SM dan ke-3SM di kalangan masyarakat Mesopotamia, Mesir dan Lembah Indus.
- Banyak sistem diasakan dengan penggunaan bahagian badan dan benda-benda di sekeliling sebagai alat pengukur contohnya, jengkal, depa, batu.
Jisim ialah jirim yang memenuhi ruang, iaitu konsep fundamental dalam fizik. Jisim merupakan konsep tengah dari mekanik klasikal dan subjek berkaitan. Jisim sesuatu objek adalah malar dan tidak dipengaruhi oleh daya tarikan graviti.Unit ukuran adalah kuantiti piawai bagi ciri-ciri fizikal, digunakan sebagai faktor untuk menyatakan kuantiti bagi sesuatu sifat. Unit ukuran adalah antara peralatan yang terawal dicipta manusia. Masyarakat purba memerlukan pengukuran bagi banyak benda: pembinaan tempat kediaman bagi bentuk dan saiz yang sesuai, rekaan pakaian, atau penurakan bahan makanan.Sistem yang seragam bagi berat dan ukuran yang terawal diketahui nampaknya telah dicipta pada abad ke-4 SM dan ke-3 SM di kalangan masyarakat Mesopotamia,Mesir dan Lembah Indus, dan mungkin juga Elam di Parsi.Banyak sistem diasaskan dengan penggunaan bahagian badan dan benda-benda di sekeliling sebagai alat pengukur. Pengetahuan kita tentang berat dan ukuran muncul dari banyak sumber.
UKURAN JISIM
SI UNIT untuk Jisim ialah "kg"( kilogram).
Contoh:
1 ton = 1000 kg
1 kg = 1000 g
PADA ZAMAN DAHULU...
(a) Timbangan (Berat)
- digunakan untuk mengukur berat sesuatu barangan
- alatan yang dicipta untuk menimbang berat ialah seperti dacing dan pikul
- untuk menimbang emas, perak, bijih timah dan rempah
- digunakan untuk mengukur isipadu sesuat benda.
- alatan yang digunakan adalah sepaerti kaul, cupak, gantang.
- untuk menyukat beras, bijih timah, rempah, garam dan kacang
PADA ZAMAN KINI...
(a) Timbangan (berat)
- terdapat banyak alat yang bolah digunakan untuk menimbang, salah satu ialah penimbang elektronik
- unit ukuran berat seperti gram(g), kilogram (kg)
- S.I unit: kilogram (kg)
(b) Sukatan (isipadu)
- isipadu bolah disukat dengan menggunakan silinde, bekas pengukur dan sebagainya.
- unit: mm3,cm3,
- S.I unit : m3
UNIT-UNIT DALAM JISIM
- kilogram (kg)
- gram (g)
SEJARAH KILOGRAM (kg)
- Kilogram (simbol: kg) merupakan unit asas SII untuk jisim. Satu kilogram adalah sama dengan jisim prototaip antarabangsa yang disimpan di Biro Timbangan dan Ukuran Antarabangsa (BIPM) dalam keadaan yang ditetapkan oleh CGPM Pertama pada 1889. Kilogram juga merupakan unit asas SI tunggal yang mempergunakan awalan, serta unit SI tunggal yang masih ditakrifkan berdasarkan artifak dan bukannya sifat fizik yang asas.Kilogram ditakrifkan oleh BIPM seperti berikut: "Kilogram ialah unit jisim; kilogram adalah sama dengan jisim prototaip kilogram antarabangsa.
- Gram (simbol :g) Gram merupakan istilah yang mana awalan SI dibubuh. Ia adalah unit asas bagi sistem sukatan cgs yang lebih lama dan yang kini tidak lagi diguna secara meluas.
PENUKARAN UNIT.
Kuantiti asas | Simbol kuantiti asas | Unit asas (S.I) | Simbol unit | PERTUKARAN UNIT |
Jisim | M | kilogram | kg | 1000mg= 1g 1000g = 1kg 1000kg = 1 tan |
CONTOH:
(a). Tukarkan 4kg kepada gram
(b). Tukarkan 10000gram kepada kilogram
PENYELESAIAN:
(a). 1kg = 1000g
4kg = ?
= 4 x 1000g
= 4000 gram.
(b). 1000g = 1kg
10000g = ?
= 10000 / 1000
= 10kg.
ALAT MENGUKUR JISIM PADA ZAMAN DAHULU
TIMBANGAN (BERAT)
- menggunakan binatang & barang dagangan sebagai ukuran berat
- mereka juga mencipta alatan untuk mengukur berat seperti dacing & pikul.
ALAT MENGUKUR JISIM PADA ZAMAN SEKARANG
. TIMBANGAN (BERAT)
- alatan yang digunakan adalah penimbang elektronik
- unit ukuran berat garam(g) dan kilogram (kg)
- S.I unit=kilogram (kg)
CONTOH EKSPERIMEN JISIM...
Dengan menggunakan dacing sebagai penimbang ukuran, kami telah membuat satu eksperimen menggunakan klip kertas, duit syiling 1 sen dan kertas bulat. Kami telah menggunakan beberapa bahan untuk membuat pengukuran.
KEPUTUSAN EKSPERIMEN.
Barang-barang | Berat | ||
Klip kertas | Syling 1 sen | Kertas bulat | |
Bateri AA | 54 | 10 | 12 |
Sudu | 13 | 2 | 5 |
Kertas A4 | 24 | 4 | 7 |
Maker | 49 | 8 | 15 |
Pen | 24 | 3 | 6 |
Stapler kecil | 60 | 9 | 10 |
Pemadam | 36 | 6 | 13 |
Pita Selofan | 45 | 8 | 12 |
Gunting | 110 | 17 | 27 |
Gelang Tangan | 68 | 8 | 15 |
GAMBAR-GAMBAR..